RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN KSSR BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun 1
Tarikh : 23-10-2012
Masa : 4.10-4.40 p.m.
Tema :
Badan Sihat Otak Cergas
Tajuk
: Unit 14 Saya Sihat
Fokus utama : 2.5.1 Membaca dan
memahami maklumat dalam bahan
dengan betul.
Fokus sampingan : 1.2.6 Mendengar,
memahami dan menyebut frasa dan
ayat tunggal dengan betul dan tepat.
Objektif : Pada akhir
pengajaran, murid-murid akan dapat :
i) Mengelaskan jenis-jenis makanan kepada kategori makanan
yang betul.
ii) Menyatakan sekurang-kurangnya 3 jenis makanan dalam
setiap kategori makanan.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Set induksi( 5minit )
1. Guru mempamerkan jenis-jenis makanan dengan slaid dan
meminta murid cuba ingat dalam masa 5
saat.
2. Guru menutup gambar pertama dan buka gambar kedua,
menanya murid makanan apa yang hilang dalam gambar.
Gambar pertama Gambar kedua
3. Bersoal jawab dengan murid untuk membawa masuk tajuk
pengajaran hari ini.
Langkah Satu( 7minit )
1.Guru mempamerkan gambar pyramid makanan seimbang melalui
slaid.
2. Murid diminta menyebut nama jenis makanan yang
mereka tahu berdasarkan gambar.
3. Murid membaca maklumat dalam gambar.
Langkah dua( 5minit )
1. Guru menunjukkan gambar- gambar jenis makanan
mengikut kategori makanan dan
memperkenalkan kepada murid.
2. Murid menyebut jenis makanan setiap kategori.
Langkah tiga( 8minit )
1.Murid dibahagi kepada 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan kad-kad gambar makanan.
Kad gambar
3. Murid diminta berbincang dan mengelaskan makanan mengikut
kategori yang betul.
4. Guru berbincang jawapan dengan murid.
Penutup( 5minit )
1. Guru memyoal soalan untuk membuat pengukuhan.
2. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid supaya
murid menyiapkan lembaran kerja di rumah.
Elemen merentas kurikulum (EMK) :
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Penilaian Pengajarandan Pembelajaran :
Murid boleh mengelaskan jenis-jenis makanan kepada kategori makanan yang betul.
Refleksi :



No comments:
Post a Comment