Pengenalan:
Kategori Nutrien
Pemakanan seimbang amat penting dalam kehidupan kita. Hal ini kerana makanan seimbang dapat memastikan kehidupan yang lebih sihat dan mengurangkan risiko kita menghidapi penyakit berbahaya.
Makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan yang mengandungi nutrient , iaitu karbohidrat , protein ,lemak ,serat ,galian dan vitamin dengan kadar yang bersesuaian dengan keperluan tubuh badan kita.
Cara untuk mengamalkan diet seimbang adalah pengambilan makanan mengikut piramid makanan. Tetapi , diet seimbang yang diamalkan oleh setiap indivudu adalah berlainan mengikut jantina , umur dan kawasan iklim diaman.
Cara untuk mengamalkan diet seimbang adalah pengambilan makanan mengikut piramid makanan. Tetapi , diet seimbang yang diamalkan oleh setiap indivudu adalah berlainan mengikut jantina , umur dan kawasan iklim diaman.
Kategori Nutrien
Karbohidrat
Karbohidrat membekalkan sumber tenaga yang utama untuk diserap ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Contoh makanan berkarbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) , selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat juga banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sebagainya.
Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan seperti ikan dan protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua , contohnya bayam , brokoli , selada , kangkung dan sebagainya.
Lemak
Lemak penting kepada manusia kerana lemak merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh untuk menjalankan aktiviti.Selain itu,lemak juga memainkan peranan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar dari badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang sejuk. Secara puratanya, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.
Akan tetapi , pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.Contoh lemak yang baik ialah minyak ikan kod , minyak sayuran , buah avocados dan sebagainya.
Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik penting dalam pemakanan manusia. Ia memainkan peranan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
Vitamin
Vitamin ialah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.
Vitamin boleh dikategori kepada Vitamin A , iaitu boleh didapati daripada lobak merah , ubi kentang , bayam hijau , brokoli dan sebagainya. Vitamin B pula boleh diperoleh daripada kerang , bahan tenusu , telur dan bijirin sarapan. Vitamin C boleh didapati daripada buah oren , limau gedang , kubis bunga , kranberi dan sebagainya .





Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan penting untuk membantu penghadaman dan mengelakkan seseorang itu sembelit. Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau buah-buahan kering dan bijiran merupakan sumber serat yang penting bagi manusia. Untuk meningkatkan kadar serat maksimum, kita perlu banyak minum air.














maklumat yang jelas, ^^
ReplyDeletegood job...
ReplyDelete